LEMBAGA Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) akan menyemak pengurusan ralat dalam kertas peperiksaan untuk mengelak kejadian di mana sekolah menanganinya dengan cara berbeza untuk berlaku pada masa hadapan, kata Menteri Negara (Pendidikan), Cik Gan Siow Huang semalam.
Beliau merujuk kepada kejadian baru-baru ini melibatkan kesilapan dalam peperiksaan bagi subjek Kimia pada GCE peringkat 'A', di mana sekolah-sekolah menanganinya dengan cara...





