ENAM lagi belia dilantik sebagai Sahabat Sastera oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura bagi terus menghidupkan dan merancakkan kegiatan sastera. Mereka kohort kedua Sahabat Sastera, usaha yang bermula pada 2021.
Menjelaskan peranan Sahabat Sastera, pengerusi Jawatankuasa Persuratan Majlis Bahasa Melayu Singapura, Dr Azhar Ibrahim, berkata empat jurusan menjadi tumpuan - penggiat, penulis, pengkaji, dan penerjemah.





