WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat meluluskan ubat baru yang boleh memperlahankan kemerosotan kognitif pesakit Alzheimer tahap sederhana dan awal.
Kelulusan FDA terhadap ubat Leqembi yang turut dikenali sebagai lecanemab, diumumkan beberapa hari selepas agensi itu dikritik dalam laporan kongres kerana memberi lampu hijau pada satu lagi ubat Alzheimer, Aduhelm.





