Pengarah makmal penyelidikan NanoBio Lab dan Zamil Kanan di A*Star, Profesor Jackie Yi-Ru Ying, antara dua wanita yang dipilih menerima Hadiah Raja Faisal bagi Perubatan dan Sains tahun ini.
Profesor Ying, warga Amerika Syarikat yang berpangkalan di Singapura, diiktiraf atas sumbangannya kepada bahagian nanoteknologi kesihatan, di mana beliau dan pasukannya membangun teknologi yang membolehkan insulin dilepaskan secara automatik dalam tubuh...





