ISI rumah warga Singapura kini boleh merancang dan membeli keperluan barang dapur mereka dalam jumlah yang besar bagi kegunaan jangka masa lebih panjang menggunakan Baucar CDC mereka, kata Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.
Merujuk kepada ciri baru Baucar GST itu yang membolehkan orang ramai menggunakannya untuk berbelanja di pasar raya, beliau berkata ini juga boleh meringankan beban...





