MEREKA yang mempunyai kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun dan ingin menempah perjalanan kereta sewa privet akan mempunyai lebih banyak pilihan menerusi Gojek mulai Selasa depan.
Gojek dalam kenyataannya semalam mengumumkan akan melancar khidmat GoCar Kids dan GoCar XL Kids yang dilengkapi tempat duduk bagi kanak-kanak serta pemandu yang dilatih dalam pemasangan tempat duduk itu mulai 12 tengah hari pada...





