PUTRAJAYA: Penjawat awam diminta bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara terlebih dahulu sebelum isu membabitkan mereka, meliputi kos sara hidup, dapat ditangani.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata negara ketika ini berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion ($455.3 bilion) dan defisit pada 5.6 peratus.





