BELANJAWAN 2023 Malaysia memperuntukkan sejumlah RM386.14 bilion ($117.09 bilion), dengan anggaran perbelanjaan mengurus RM288.8 bilion, dan RM97.3 bilion untuk pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. Belanjawan yang disemak semula ini adalah RM13.8 bilion lebih tinggi daripada belanjawan RM372.3 bilion yang dibentangkan pentadbiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim,...





