LEBIH banyak sokongan harus dihulurkan kepada golongan pekerja lain, seperti individu yang bekerja sendiri (SEP), demi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan, termasuk mempertingkat penyertaan mereka di bawah rejim sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).
Memberikan saranan tersebut semasa perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Rabu, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) memberi contoh pendidik dewasa bebas yang bekerja di...





