KUALA LUMPUR: Penganjuran perarakan bersama replika senjata dalam satu perhimpunan anjuran sebuah parti politik di Terengganu pada 17 Februari adalah tidak wajar dan mengundang keresahan awam, kata Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana apabila video dan gambar perarakan itu tular di media sosial, ia jelas menimbulkan kegusaran dalam masyarakat.





