KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen (AP) pembangkang pada Isnin mengemukakan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membahaskan isu permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
Usul itu dikemukakan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1), bagi meminta Dewan Rakyat membahas dan menggesa kerajaan supaya segera meluluskan pengeluaran KWSP secara bersasar kepada rakyat yang terdesak.





