KUALA LUMPUR: Speaker Parlimen Malaysia, Datuk Johari Abdul, memberi amaran kepada mana-mana Ahli Parlimen (AP) yang menggunakan perkataan berbaur perkauman, menghina dan tidak berparlimen dalam persidangan Dewan Rakyat (Parlimen) akan dikenakan tindakan tegas.
Datuk Johari berkata perkara itu dipersetujui dalam pertemuan beliau bersama wakil AP kerajaan dan pembangkang pada Selasa mengenai perjalanan serta pembaharuan persidangan Parlimen, lapor Berita Harian Malaysia...





