BAGI Encik Aqil Nasrulhaq Shah, 29 tahun, pengumuman Belanjawan 2023 yang memberi keutamaan kepada pembeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) kali pertama yang layak mulai lewat 2023 datang tepat pada masanya.
Beliau mengalu-alukan langkah yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Selasa, yang menyokong pembentukan keluarga, lebih-lebih lagi selepas gagal dalam permohonannya membeli flat...





