PEMERINTAH akan meningkatkan Hadiah Tunai Bonus Bayi (BBCG) sebanyak $3,000 bagi bayi warga Singapura yang layak yang dilahirkan pada atau selepas 14 Februari 2023. Demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong semasa Belanjawan 2023. Tempoh pembayaran yang lebih panjang juga akan diperkenal untuk menyediakan sokongan kewangan secara tetap setiap enam bulan sehingga anak tersebut berumur enam...





