SATU skim baru akan diperkenalkan untuk menggalak syarikat menggajikan bekas pesalah, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Selasa. Skim Kredit Peningkatan Pekerjaan itu akan disediakan dalam bentuk imbangan gaji dengan masa terhad, tambah beliau. Sementara itu, skim Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya pula akan dipertingkat bagi menampung bahagian gaji yang lebih besar dan tempoh yang lebih lama...





