PARA pengunjung yang menyertai lawatan ke Fort Connaught di Sentosa akan dapat menyelami zaman waktu perang Singapura dan mengetahui pelbagai kisah yang tercetus dari tapak Perang Dunia Kedua (WWII).
Jelajah Penemuan Semula Fort Connaught (The Fort Connaught Rediscovery Tour) adalah sebahagian daripada Pertempuran Singapura (Battle for Singapore) 2023 yang akan bermula dari Jumaat ini hingga 5 Mac.





