KADAR Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan sebanyak $1 di lima lokasi mulai 13 Februari 2023 dalam sembilan tempoh masa ditentukan untuk menangani kesesakan lalu lintas.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa kenaikan kadar dibuat selepas pemantauannya terhadap keadaan lalu lintas pada Januari 2023, dengan trafik meningkat di pelbagai ekspreswe.





