PENYAKIT barah di kalangan warga Singapura terus meningkat dengan satu daripada empat warga Singapura dijangka menghidap penyakit tersebut sepanjang hayat mereka.
Untuk memerangi penyakit tersebut, Persatuan Barah Singapura (SCS) telah bergabung tenaga dengan Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) dan Institut Barah Universiti Nasional, Singapura (NCIS) untuk menentang penyakit barah di daerah North West.





