SEMUA pengawal keselamatan dan pengawal keselamatan kanan perlu menjalani kursus mandatori dipertingkat yang akan dilancarkan suku ketiga tahun ini demi memenuhi syarat pelesenan baru.
Dalam satu kenyataan bersama semalam, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan SkillsFuture Singapura (SSG) berkata Pusat bagi Keselamatan Perlindungan (CPS) polis dan SSG telah mempertingkat Unit Pelesenan Asas (BLU) Mandatori bagi pengawal berpangkat Pengawal Keselamatan (SO)...






