PELAKON Rashidi Ishak mengakhiri zaman duda selepas memilih penerbit dan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin sebagai jodoh dalam majlis pernikahan yang dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Khamis (2 Februari).
Berita gembira itu dimaklumkan jurusolek dikenali sebagai Mas Hashim menerusi laman Facebook (FB) miliknya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).






