KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, mengaku sudah dihubungi Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) berhubung kemungkinan bagi beliau menyertai parti berkenaan selepas dipecat daripada Umno pada Jumaat lalu.
Namun, bekas Ketua Pemuda Umno itu enggan membuat keputusan terburu-buru, sebaliknya mahu mengambil masa selama beberapa minggu atau hingga dua tiga bulan sebelum menentukan sama ada memasuki...






