BUAT pertama kali, GRC Marsiling-Yew Tee dan GRC Sembawang telah bergabung tenaga untuk menganjurkan bazar Ramadan yang terbesar di bahagian utara negara ini.
Bertempat di tanah lapang bersebelahan dengan MRT Woodlands, Bazar Raya Utara (BRU) menampilkan lebih 90 gerai makanan dan minuman (F&B) serta runcit di samping kawasan menjamu selera yang lebih luas untuk penduduk Muslim berbuka puasa.





