Singapura kekal bersikap tegas terhadap penyalahgunaan dadah dan ini termasuk Bahan Psikoaktif Baru (NPS), yang semakin pesat diedar dan disalah guna tetapi tidak begitu dapat ditangani sebelum ini. Namun pada 21 Mac, Parlimen meluluskan pindaan undang-undang berkaitan dadah agar semua bahan yang boleh menyebabkan seseorang itu mabuk - kecuali bahan tertentu seperti arak, tembakau dan bahan perubatan lain - ditakrif...





