SEORANG wanita berusia 33 tahun ditemui mati pada malam Khamis (23 Mac) di stesen Cove di laluan LRT Punggol East.
Syarikat pengendali pengangkutan SBS Transit mengumumkan di laman Twitter mereka pada 10.32 malam Khamis bahawa kedua-dua laluan LRT Punggol East dan West tidak beroperasi disebabkan satu kejadian di stesen Cove, yang merupakan stesen pertama bagi laluan LRT Punggol East.





