MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata selepas rundingannya dengan pemimpin China, Encik Xi Jinping, pada Selasa bahawa saranan damai China boleh dijadikan asas bagi huraian damai di Ukraine, tetapi pihak Barat dan Kyiv masih belum bersedia.
Dalam satu kenyataan bersama di akhir lawatan rasmi Encik Xi ke Moscow, kedua-dua pemimpin menyuarakan amaran terhadap sebarang langkah yang boleh menjerumuskan konflik...





