MASYARAKAT Islam Singapura akan mula berpuasa Khamis, demikian menurut Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir, pada malam Rabu.
Memaklumkan demikian, beliau berkata, mengikut kiraan hisab yang berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan berada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam pada petang Rabu selama 38 minit.





