PETUGAS barisan hadapan yang terlibat dalam memerangi Covid-19 menerima tepukan gemuruh di Parlimen pada Isnin, ketika Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, membuka perbahasan mengenai respons Singapura terhadap virus itu.
Seramai 100 petugas barisan hadapan memenuhi galeri awam di Parlimen, ketika Anggota Parlimen (AP) beramai-ramai bertepuk tangan sambil menghentak kerusi mereka dan memberikan tepukan gemuruh hampir setengah minit sebagai tanda...





