SETELAH sekian lama tamat menjalani penggambaran filem seram Pulau di Langkawi, barulah pelakon Amelia Henderson menyedari bahawa beliau baring atas najis kelawar yang disangkanya tanah berwarna gelap. Semuanya hanya didedahkan rakan gandingannya dalam filem itu, Alif Satar dan Ikmal Amry ketika diwawancara Berita Harian di Orchard Cineleisure baru-baru ini. Amelia, Alif, Ikmal dan dua lagi pelakon filem tersebut, Joey Leong...





