PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan menyambung semula Inisiatif Perjalanan Bijak (TSJ) pada Isnin (20 Mac) selepas dihentikan selama lapan bulan.
Inisiatif ini melibatkan ganjaran wang tunai diberi kepada penumpang untuk beralih dari Laluan Timur Laut (NEL) kepada khidmat bas ekspres sewaktu tempoh sibuk waktu pagi.





