IBU bapa titipan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, yang diletakkan dalam jagaan mereka sejurus selepas kelahirannya kerana kedua-dua ibu bapa kandungnya berada dalam penjara, dibenarkan mengambil anak itu walaupun bapa kandungnya membantah.
Seorang hakim Mahkamah Keluarga memutuskan untuk mengetepikan kebenaran bapa kandung dan membenarkan pengambilan kanak-kanak perempuan itu kepada ibu bapa angkatnya selepas Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga...





