BAGI menyokong golongan penjaga, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mempertingkat Geran Penjagaan Di Rumah (HCG) dengan menambahnya daripada $200 sebulan kepada $400 sebulan mulai Mac.
Menjelaskan demikian dalam hantaran Facebook dan Instagram pada Khamis, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata lebih banyak bantuan akan diberi kepada keluarga berpendapatan rendah.






