DHAKA(Bangladesh): Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera di ibu kota Bangladesh Selasa lalu, kata pegawai, selepas satu letupan berlaku di bangunan pejabat di daerah komersial yang sibuk.
Letupan di lantai empat dan lima bangunan tujuh tingkat di Gulistan itu telah menggegar pusat pasar borong di Dhaka itu.






