DUA lagi monumen negara, Muzium Negara Singapura dan Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen, akan dibaik pulih pada tahun-tahun mendatang.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, menyatakan di Bahas Belanjawan pada Isnin bahawa kedua-dua monumen itu dijadualkan untuk menjalani pemulihan, bersama-sama dengan kerja-kerja pemulihan bagi bekas Istana Kampong Gelam dan bangunan Istana yang telah...






