NEW YORK: Pendakwa raya Amerika Syarikat pada Jumaat menggesa hakim menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, selepas dia disabitkan bersalah membantu merompak berbilion dolar daripada dana kekayaan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Juri di Mahkamah Persekutuan Brooklyn pada April lalu mendapati Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, bersalah kerana...






