SUMBANGAN dan komitmen mantan penyiar Allahyarham Riz Sunawan dalam melestari bahasa Melayu mendapat penghargaan Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023.
Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, yang juga pengerusi jawatankuasa itu, menyampaikan kata-kata penghargaan tersebut dalam ucapan pembukaan beliau semasa sesi taklimat jawatankuasa itu bagi rakan kerjasamanya pada Rabu.






