WARGA yang ingin menetap di kediaman yang menyepadukan pelbagai kemudahan mesra warga emas boleh memanfaatkan satu lagi apartmen jagaan masyarakat (CCA) yang akan dibina di Bedok lewat tahun ini.
Mengumumkan demikian di Parlimen pada Khamis, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata ekoran sambutan positif daripada projek perintis, pemerintah mempunyai rancangan membangunkan lebih banyak CCA di lokasi berbeza di serata...






