PETALING JAYA: Pengguna di Malaysia diberi amaran akan terdapat kekurangan sayur-sayuran di pasaran kerana hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan ladang ditenggelami air dan rosak akibat angin kencang. Presiden Persekutuan Persatuan Peladang Sayuran, Encik Lim Ser Kwee, berkata hujan lebat secara mendadak dan berterusan merosakkan lebih satu juta kilogram sayur-sayuran di ladang di kawasan selatan Semenanjung Malaysia...






