KOTA BHARU: Punca kematian dua kanak-kanak - seorang berusia 11 tahun dan seorang lagi setahun tujuh bulan - yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama pada Jumaat.






