MAJLIS Ugama Islam Singapura hampir selesai menubuhkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dan sedang berusaha untuk memastikan perundangan mengenainya dilaksanakan bagi mentadbir wakaf itu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. Beberapa individu juga telah tampil untuk mengikrarkan derma ke WMS, termasuk usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Ltd (SCP), Encik Salleh Marican. Encik...






