MENINGKATKAN taraf kehidupan masyarakat merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama. Pegangan inilah yang telah mendorong Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties Ltd (SCP), Encik Salleh Marican supaya tampil ke depan untuk memberi sokongan kepada Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), yang ditubuhkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Usahawan mapan itu telah mengikrarkan sumbangan dana peribadi sebanyak $2,222,222 kepada wakaf itu....






