IPOH: Sebanyak 14,514 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakala 500 motosikal disita dari 18 hingga 25 April menerusi Op Motosikal sempena Aidilfitri 2023.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 51,039 motosikal manakala sitaan kerana kesalahan tiada perlindungan insurans, lesen memandu dan lain-lain membabitkan 291 lokasi di seluruh negara.






