PENYAKIT ginjal yang teruk (CKD) merupakan satu epidemik di seluruh dunia, dengan penyakit kencing manis adalah punca utamanya.
Berdasarkan Tinjauan Kesihatan Populasi Kebangsaan 2020, kira-kira seorang dari setiap 10 penduduk Singapura mengalami penyakit kencing manis, demikian menurut Laporan Tahunan Pendaftaran Ginjal Singapura 2021 - yang diterbitkan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).






