SANAA: Sekurang-kurangnya 85 orang terbunuh, manakala lebih 322 cedera dalam rempuhan yang berlaku di ibu negara Yaman semasa pengagihan bantuan kewangan, kata pegawai kesihatan Houthi kepada AFP.
Mangsa yang maut dan cedera dipindahkan ke hospital berdekatan dan pihak yang bertanggungjawab untuk bantuan amal itu sudah ditahan, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita pemberontak, Saba.





