SEBANYAK 22 tempat tambahan bagi menampung 10,000 lagi ruang solat akan disediakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk masyarakat Islam menunaikan solat Aidilfitri.
Muis dalam maklumat yang disiarkan di laman web rasminya, mengumumkan lokasi tempat tambahan itu di serata Singapura, kebanyakannya di kolong blok atau dewan serba guna di estet perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).





