BERPUASA selalu dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, seperti menurunkan tekanan darah dan mengawal paras kolesterol.
Memandangkan sepanjang Ramadan pelbagai juadah tersedia baik di rumah mahupun kedai makan dan bazar Raya, pakar diet daripada Hospital Masyarakat Sengkang, Cik Musfirah Albakri, berkongsi beberapa amalan pemakanan yang baik semasa berpuasa demi mencapai diet sihat dan seimbang.





