JOHOR BAHRU: Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor termasuk menerusi laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Aidilfitri ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menjangka kesesakan luar biasa berlaku terutama di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan...






