BANK pusat Singapura telah menghentikan langkah mengetatkan dasar kewangannya, dan mengalihkan tumpuan daripada meningkatkan usaha menentang inflasi, kepada mempertahankan ekonomi yang berdepan risiko kelembapan yang lebih mendalam.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang menggunakan Kadar Tukaran Efektif Nominal Dolar Singapura (S$NEER) sebagai alat dasar utamanya, berkata pada Jumaat bahawa ia akan mengekalkan kadar kenaikan mata wang semasa - langkah yang akan...






