KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan spekulasi yang tersebar, mendakwa tentang krisis tunai yang dihadapi dana persaraan itu selain menyangkal bahawa Akta KWSP 1991 akan dipinda untuk menghalang pesara daripada mengeluarkan simpanan mereka.
Dalam satu kenyataan, KWSP berkata ia sentiasa mengekalkan kecairan yang mencukupi untuk memenuhi semua komitmennya.






