PENGENDALI pengangkutan milik Temasek, SMRT Corp, akan menggabungkan perniagaan teksinya dengan Premier Taxis yang baru dijual untuk membentuk pengendali teksi kedua terbesar di Singapura dengan armada sekitar 2,500 teksi.
Premier, yang pernah dimiliki oleh keturunan keluarga Chua yang memulakan pengedaran Mercedes-Benz Cycle & Carriage lebih 100 tahun lalu, telah dijual kepada kumpulan perdagangan kenderaan Carros Project Management pada Ogos 2022...






