LONDON: Liverpool tidak akan mendapatkan khidmat pemain midfield Borussia Dortmund, Jude Bellingham, pada musim panas ini akibat belanja yang perlu dikeluarkan.
Pemain berusia 19 tahun itu telah dikaitkan dengan The Reds namun sebarang pemindahan bagi pemain antarabangsa England itu bermakna kelab perlu mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya £100 juta ($165.6 juta).






